Wasiat Rasullulah
IBNU
ABBAS r.a. meriwayatkan bahawa Ali Abu Talib berkata : "Pada hari
perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah S.A.W bersabda kepadaku, mengutarakan
tiga belas wasiat khusus untukku:"
1
Hai Ali , takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa
memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barangsiapa memasuki tempat mandi
tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat di jari telunjuk dan di
jari tengah.
2.
Hai Ali, janganlah engkau memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah.
Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
3.
Hai Ali sesungguhnya Allah mengkagumi hambanya yang melafazkan istighfar;
"Rabighfirli fainahu Iayaghfirul-zunuba illa Anta"( Tuhanku ampunilah
aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan engkau). Allah lalu
berfirman ,"Hai malaikat Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui
bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Ku. Hai malaikat-Ku ,jadilah
saksi bahawasanya Aku telah mengampunkan dia".
4.
Hai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu
menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab(pendusta). Dan,
bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq.
Ketahuilah engkau, bahawasanya sidiq(benar) itu berkat dan kazzab(dusta) itu
celaka.
5.
Hai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba.
Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajikan ke atasnya siksaan kubur dan
menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.
6.
Hai Ali, Janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau
benar, kecuali dalam keadaan dharurah, dan janganlah jadikan Allah permainan
sumpah engkau, Sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang
yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
7.
Hai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya
Allah Taala mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
8.
Hai Ali, Takutilah engkau daripada berbantah bantah dan berkelahi dengan
maki-hamun dan sumpah seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan
pada akhirnya penyesalan.
9.
Hai Ali, senantiasalah engkau bersugi dan mencolek gigi. Bahawasanya bersugi
itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai Allah, manakala mencolek
gigi itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau
mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.
10.
Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah
duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala
keatas hamba-Nya. Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai oleh kemarahan
dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
11.
Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurnia Allah yang telah engkau nafkahkan
untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau perolehi peruntukan
daripada Allah.
12.
Hai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau , maka engkau bencikan juga
pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau
kasihkan juga pada diri saudara engkau , yakni engkau hendaklah berlaku adil
dalam memberi hukuman. Dengan itu engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
13.
Hai Ali, perbaikanlah perhubungan diantara penduduk (jiran) sekampung dan
diantara ahli rumahmu. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa
persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi
engkau.







0 komentar:
Posting Komentar